8/02/2013

HAZRAT ABU HURAIRAH R.A MENCERITAKAN KEADAAN BELIAU SEMASA KELAPARAN


Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, "Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut."
Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat yang besar. Hazrat Abu Bakar r.a telah lalu. saya mula bertanya sesuatu kepada beliau dengan harapan beliau akan terus melayan percakapan saya dan terus membawa saya ke rumah. Kemudian seperti biasa beliau akan melayan saya dengan menghidangkan apa-apa makanan yang ada di dalam rumah. Namun demikian, beliau tidak melakukan seperti itu (mungkin kerana tidak terlintas di hati beliau atau kerana telah diketahui keadaan di rumahnya juga yang tidak mempunyai apa-apa).
Selepas itu Hazrat 'Umar r.a pula yang lalu. Bersama beliau pun keadaan yang sama telah berlaku. Kemudian Rasulullah s.a.w yang lalu. Melihatkan saya, Baginda s.a.w pun tersenyum. Baginda s.a.w telah memahami keadaan dan tujuan saya. Baginda s.a.w berkata, "Abu Hurairah, ikutlah bersama saya."
Lalu saya pun terus bersama Baginda s.a.w. Baginda telah pulang ke rumah. Di dalam rumah terdapat satu mangkuk susu yang telah dihantarkan kepada Baginda s.a.w. Baginda bertanya. "Dari manakah susu ini?"
Telah dijawab, "Dari tempat sekian untuk Rasulullah sebagai hadiah."
Kemudian Baginda s.a.w bersabda, "Abu Hurairah, pergilah panggil ahlussuffah dan bawa mereka ke mari."
Ahlussuffah dikira sebagai tetamu Islam. Mereka ialah orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak ada pengurusan makanan yang tetap untuk mereka. Bilangan mereka tidak menentu mengikut masa. Namun, pada masa kisah ini berlaku jumlah mereka ialah tujuh puluh orang. Menjadi kebiasaaan Rasulullah s.a.w juga bahawa mereka dipasangkan berdua-dua atau berempat-empat dan dijadikan tetamu kepada para sahabat yang agak kaya. Sekiranya terdapat pemberian sedekah dari mana-mana maka akan dihantar kepada mereka tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak akan menyertai mereka. Sekiranya terdapat pemberian hadiah dari mana-mana maka Rasulullah sendiri akan bersama mereka.
Rasulullah s.a.w telah memerintah agar memanggil mereka. Hati saya terasa berat memikirkan jumlah susu itu. Banyak mana sangat untuk membolehkan saya menjemput mereka semua. Bagaimana mungkin untuk setiap orang?Sedangkan susu itu tidak mencukupi untuk satu orang pun. Selepas mereka dijemput, sayalah yang akan diperintahkan untuk memberi mereka minum. Oleh kerana itu, saya akan menjadi orang terakhir minum dan sudah tentu susu itu tidak akan tinggal sedikit pun. Namun demikian, apakah ada jalan lain selain mentaati Nabi s.a.w?
Saya telah pergi dan menjemput kesemua mereka. Rasulullah s.a.w bersabda, "Nah ambil, berilah mereka minum."
Saya mengambil mangkuk itu dan menyerahkan kepada seorang demi seorang daripada mereka dan setiap orang akan minum sepuas-puasnya kemudian barulah dikembalikan mangkuk itu kepada saya. Demikianlah saya telah memberi minum kepada mereka semua dan kesemua mereka telah minum dengan puas.
Kemudian Rasulullah mengambil mangkuk tadi lalu memegang mangkuk itu dengan tangan Baginda sambil memandang kepada saya dengan tersenyum. Baginda s.a.w berkata, "Sekarang hanya tinggal kamu dan saya sahaja."
Saya menjawab, "Begitulah."
Baginda mengarahkan, "Ambil dan minumlah." Saya pun mula minum. Baginda s.a.w mengarah lagi, "Minumlah lagi." Saya pun minum lagi. Akhirnya saya berkata kepada Baginda "Sekarang saya tidak boleh minum lagi." Selepas itu Rasulullah menghabiskan susu yang masih tinggal
itu.
Petikan: Kitab Fadhilat Amal (Kisah Para Sahabat)

Jika Hati Terbeli dengan Uang


Ketika kau menerima uang....
Uang berkata :
Hai hamba Allah, aku bukan milikmu.
Aku akan menjadi ular berapi di dalamn perutmu jika aku tidak kau serahkan sebagai zakat dan infak...

Ketika kau membeli makanan dengan uang itu, uang berkata :
Hai hamba Allah, kau nikmati aku tanpa kau sadari di sana ada insan yg belum makan berhari hari...
Ada keluargamu yg membutuhkan uangmu...

Ketika hamba Allah menyimpan uang bertumpuk tumpuk,
Uang berkata :
Celakalah kau karena telah memenjarakanku !
Aku akan berusaha pergi darimu,
( kmd tiba2 hamba Allah ini sakit dan uang yg ditumpuk berhasil di bebaskan serta mengalir ke rumah sakit.....juga tiba2 mobilnya hrs ke bengkel, shgg uang mengalir ke bengkel, atau rumahnya bocor, atau ke curian, atau tiba2 uangnya hilang, dan tak ada keberkahan , dll musibah)

Ketika Hamba Allah menyerahkan uang kpd fakir miskin, dan kpd orang2 yg menjadi tanggunganmu,
Uang berkata :
Alhamdulillah , terimakasih krn engkau tlh membuatku bahagia.....
Dan Malaikat berdoa :
Wahai Allah, tambahlah pd fulan ini rizkinya, dan beri barokah
Dan jadikanlah dia bendaharaMU......
Aamiin


Sabda Rasulullah shollallahu alaihi wasallam

"Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Alloh kecuali turun kepada mereka dua malaikat.

Salah satu diantara keduanya berdoa, "Ya Alloh berilah ganti bagi orang yang berinfak",

Sedangkan yang satu lagi berdoa, "Ya Alloh berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya"

(HR Bukhari)
42

SENYUMAN MU PENUH KEIKHLASAN


Cinta teragung tiada kelihatan
terlindung disebalik kesakitan
hilang dalam nikmat pelukan,
tersembunyi disetiap pandangan.

Tiada terputus tali pegangan,
dihujani cacian segala kehinaan,
biar derita dialam kehidupan,
senyuman mu penuh keikhlasan.

Keabdian mu penuh ketakwaan,
kau tinggalkan nama segala kepalsuan,
rahsia insan seiring perjalanan,
mata terpejam penyuluh keimanan.


Setiap penghayatan tiada batasan,
cahaya rembulan menyuluh kedasar lautan,
tiada tercapai oleh akal kemanusiaan,
ikatan keyakinan segala penentuan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELI
4