2/15/2013

DUA KALIMAH SYAHADAT


D = diam bermakna
U = ujud tiada berupa
A = aku kekasihnya

K = kembalilah lafaz syahadat qalam rahsia
A = allah mengampunkan segalanya dosa
L = lihatlah kebesaran sang pencipta
I = islam tercipta atas izinnya
M = muhammad cahayanya yang nyata
A = adam awalnya manusia tercipta
H = hidup hanya seketika janganlah kita leka

S = siapakah kita didunia ini
Y = yang meminta dia memberi
A = allah maha mengasihi
H = hadirkan solat dekatkan diri
A = al quraan haruslah dihayati
D = doa kita insyaallah diberkati
A = akhirnya zaman tiada yang rugi
T = tetapkan iman gurunya sejati

ffazreensabdajagat.blogspot.com

2/07/2013


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kali ini, orang-orang berbondong-bondong berdatangan
Memikul beban salah, saling bertukar maaf

Wajah-wajah mereka penuh rekah pengharapan Di masjid-masjid juga mushalla

Dering nada, saling bertukar bunyi
Mengalirkan kata-kata, mengharap meluangkan kekosongan

Nanti malam, Malam jurnal amal
Negeri manusia membasuh usia
Mengoreksi sisa persepsi dalam diri

Lembaran catatan berhamburan
Malaikat sibuk dalam semesta
Menyusun laporan malam Sya’ban

Malam keramat ; pertanggung jawaban

Malam melogaritmanya amal-amal manusia

Menjadi kuadrat berpangkat
Atau, sebatas nikmat sesaat Dari tetes air mata kental penuh dosa

Nanti Malam lembar terakhir bernama Nisfu Sya’ban

Penghujung kesempatan melukis amal

Senin pagi akan ditutup pada bening matahari

Pada gigil embun di subuh sunyi

Nanti malam, terbuka jurnal baru Terbit dari redaksi penghambaan



Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

Sebelum buku catatan amal kami tertutup

.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽
Kami Setulus hati selembut sutera

.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽

Dengan segala Kerendahan Hati
Kami Haturkan...

Mohon Maaf Lahir Batin
Fillah, Billah, Wa Lillahi Ta'ala.

~"Salam Santun Berbalut Senyum Wa Ukhuwah Fillah"~

2/04/2013

IKRAMAH BIN ABU JAHAL


Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Antara yang hebat adalah Ikramah bin Abu Jahal. Seorang pemuda yang pada awalnya sangat menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar.
Peribadi
Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
Sebelum masuk Islam
Ikramah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.
Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan diri sendiri.
Permusuhan Islam Semakin Memuncak
Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau antara yang berada dibarisan hadapan.
Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas. Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri Solehah
Ummu Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Namun, dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat maksiat. Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Selain itu, dia dapat menanganinya dengan bijaksana. Dia memberi harapan dengan melewat-lewat masa sambil meneruskan perjalanan.
Sesampai sahaja di sebuah perkampungan Arab, Ikramah segera meminta tolong kepada penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu. Pembantunya itu akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannya dengan aman.
Pertemuan Cinta Suci
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.
Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.
Mengucap Kalimah Syahadah
Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas, dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan Islam yang Berani
Ternyata Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam.
Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.
Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.

1/31/2013

Imamku...


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


malam ini kala rembulan meremang sendu,

ku rangkai bayangmu dlm anganku

ku rangkuh jiwamu dalam dekapan rinduku

Ya Allah'

Jika cinta ini adalah karuniamu

balut kami dalam damai kasihmu

satukan kami dalam ikatan sucimu

agar kami bisa meniti hari-hari di bawah naunganMu

Aamiin....Allahuma Aamiin

1/10/2013

Di atas sajadah Cinta


Diatas sajadah cintaku
Ku curahkan segala kesahku


Ya Allah
Dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati, kecuali pada cinta_MU
Kemanakah cinta ini harus ku labuhkan, kecuali pada kasih_MU


Jadikanlah hati ini tertambat kukuh hanya pada_MU
Aku mohon, ridhoi atas segenap keputusan_MU
Kesejukan setelah matiku
Kenikmatan memandang wajah_MU
Dan kerinduan untuk berjumpa dengan_MU

Ya Allah
Ampunilah diri yang tidak berharga ini
Penuhilah kehinaan dengan keindahan maghfirah_MU


Ya ALLAH
Masukanlah kami ke dalam kelompok hamba2_MU
Yang Engkau cintai
Karuniakanlah kami cinta seseorang yang mencintai_MU
Dan cinta yang dekat kepada_MU



Aamiin Ya ALLAH Ya Rabbal Alamiin ~*

•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽
~Setulus hati selembut sutera~
22

1/01/2013

Renungan Jiwa


Wahai jiwaku yang malang ini
Sesungguhnya kematian adalah janji yang ditepati
Tapi mengapa kau tak pernah perduli
Engkau memilih dunia yang hina ini

Wahai diriku yang bimbang ini
Coba renungkan nasibmu di akhirat nanti
Sekali-kali kau tidak dapat melarikan diri
Dari panas dan terik matahari
Dari dosa-dosa yang kau lakukan setiap hari

Ya Illahi...
Engkau Yang Maha Mengetahui
Dengarkan munajat ini Ya Robbi
Berikan kesempatan untuk diri ini
Memperbaiki dan mensucikan diri

Ya Robbi...
jadikan diri ini bersih
Sehingga saat menghadap-Mu nanti
Aku dalam keadaaan yang suci
Seperti pertama kali aku terlahir dan bernafas di dunia ini
Yang polos dan tiada dosa yang menghuni

~Setulus hati Selembut sutera~

12/21/2012

Untuk IBU-KU & Seluruh Ibu Yg Luar Biasa. Selamat Hari Ibu (22-12-2012) !!!


"SEBUAH DO'A KU-LANTUNKAN UNTUK IBU":

Yaa Allah..ampuni dosa-dosa ibuku & Ayah-Ku, maafkanlah segala kesalahannya, dan kasihanilah sebagaimana beliau mengasihi saya dan Adik dan Kakak saya dalam suasana suka dan duka, serta semoga cahaya rembulan dimatanya tetap abadi, selamanya. Setidaknya di ruang hati kami, anak-anaknya..

Selamat hari Ibu Untuk Ibu Yg Sangat Kucinta, dialah Ibu Yg Telah melahirkan-Ku.
dan kepada Ibu-ibu diseluruh dunia..

"SELAMAT HARI IBU"

Dalam setiap irama tubuhmu.
Kau selalu menyapa.
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan.
Kau selalu mendekap.
Dalam kerinduan yang sangat.
Kau tak pernah ingin lepas dariku..

Usiaku kini telah berubah.
Aku bukan lagi pria kecil.
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini.
Kaulah yang telah mengelola emosi labil ini.
Menjadi lokomotif kemajuan.
Kaulah yang selalu memberiku keberuntungan dengan nasihatmu.
Kala malam telah larut dan gerbang mimpi siap menghampiriku..

Kala yang lain terlelap.
Kutahu kau tak pernah terlena.
Pikiran, hati, jiwa, dan emosiku selalu bekerja dan bekerja untuk masa depanku.
Kau selalu berpacu dengan waktu.
Karena kau yakin..
Tanpa itu bisa jadi aku terlindas oleh jaman yang semakin keras..

Kaulah pengantar luasnya pengetahuanku.
Kala wadah kosa kataku hanya bagai tetesan air.
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan.
Kaulah bintang berkilauku.
Yang tak akan pernah terlupakan oleh rangkaian huruf cahaya sejarah peradaban manusia..

Andai aku bisa, Ibu..
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu.
Andai aku mampu, Ibu..
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu, sehangat dekapanmu, setulus kasihmu, dan sebijak nasihatmu..

Kutahu, Ibu..
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku dalam setiap do’a yang kau panjatkan..
Kutahu Ibu..
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu..
Kutahu Ibu..
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku..

Ya Allah..
Kutengadahkan tanganku berharap Engkau Yah,,Tuhan-ku membahagiakannya sebagaimana bahkan lebih dr kebahagiaan yg telah berikan kpd-Ku..
Ya Rabbi..
Kumemohon berilah Ibu mimpi yang selalu indah.
Ya Rabbul Izzati..
Kuberharap padaMu anugerahkan Ibu kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari..
Ya Illahi..
Sejahterakanlah Ibu..

Ibu, pelangi dan matahariku.
Hari ini kuhaturkan dengan tulus padamu..
SELAMAT HARI IBU!

"TERIMAH KASIH WAHAI IBU-KU"
Aku ingin mengambil satu kesempatan di hari ini, Untuk mengucapkan terima kasih
Atas semua yang telah kau lakukan untuk hidupku:
Thank you Mom!
And wish you a Very Happy Mother’s Day!

Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu.
Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.
Selamat Hari Ibu!

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada Tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.

Ibu, kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu

Selamat Hari Ibu.